Sebuah buku yang ditulis oleh G.Edward Griffin, bertajuk "The
Politics of Cancer Theraphy" menunjukkan satu bukti penipuan besar,
ketidakjujuran dan penyalahgunaan kuasa dalam bidang kajian perubatan.
Ini kerana, terdapat kenyataan yang menyatakan bahawa Laetrile atau B17
sebagai tiada nilai kepada rawatan anti kanser. Para pelajar perubatan
di institiusi-institusi diajar dan diberi latihan yang berunsurkan
rawatan moden, (drug-oriented training). Selain itu, para doktor juga
dipaksa untuk menggunakan cara rawatan moden sahaja seperti kimoterapi,
radiasi dan pembedahan bagi mengubati kanser, walaupun cara rawatan
tersebut tidak efektif. Mereka hanya diajar untuk mengubati
simptom-simptom, tanpa menfokuskan punca-punca penyebab kanser. Itulah
kelemahan dan penyelewengan yang berlaku dalam dunia perubatan sekarang
apabila wang dan nyawa manusia menjadi taruhan.
Fakta logik dan sains menunjukkan bukti kehadiran enzim-enzim dan
scientific chemistry dalam badan manusia adalah benar-benar berlaku.
Mana-mana ahli biokimia atau ahli toksikologi di seluruh dunia telah
mengesahkan berlakunya proses ini. FDA (merupakan badan yang mengawal
ubat-ubatan dunia) telah mencabar pakar-pakar penyakit kanser dan ahli
biokimia untuk menunjukkan bukti penemuan bahawa enzim Laetrile dari
Biji Apricot dapat membunuh sel kanser. Walaupun FDA mendapati terdapat
bukti kukuh bahawa Laetrile atau Vitamin B17 benar-benar dapat membunuh
sel kanser, atas kepentingan kewangan dan politik, Amerika Syarikat
melalui FDA telah merahsiakan penemuan ahli biokimia tersebut untuk
memberi laluan kepada gergasi-gergasi farmasi mengaut keuntungan
berbilion dolar hasil penjualan ubat kimoterapi dan penjualan peralatan
berkaitan rawatan kanser.
No comments:
Post a Comment